5 Cara Mengatasi Stres

10 Nov 2017


Ada waktunya kita akan berdepan dengan tekanan kerana masalah kewangan, kesihatan, keluarga, tempat kerja dan sebagainya. Di zaman yang semakin mencabar ini juga ramai antara kita lebih cenderung berdepan dengan masalah tekanan sehingga boleh memberi kesan terhadapa kesihatan diri.

Tidak salah untuk berasa tertekan. Namun jangan terlalu lama kerana ia bakal memberi kesan negatif pada emosi dan fikiran seseorang.

Beberapa cara boleh diamalkan di sini bagi mengatasi atau mengurangkan tekanan yang sedang dialami seperti berikut:

Luah Perasaan

Masalah yang dipendam semakin lama akan menjadi beban kepada diri. Seeloknya cari teman pendengar yang anda percayai dan untuk berkongsi segala tekanan yang terbuku di hati. Luahkan kesemuanya supaya beban tekanan yang ditanggung semakin berkurang.

Menangis

Menangis adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan rasa tekanan di dalam diri terutamanya bagi golongan wanita. Nangis sepuas-puasnya untuk melegakan rasa yang sedang bergolak di dalam hati dan jiwa anda. Selepas menangis, pasti anda akan merasa lebih lega.

Tidur

Apabila kepala sudah sarat dengan pelbagai tekanan dan akhirnya sakit kepala mula menyerang. Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan tidur. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh, tidur juga dapat membantu melupakan tekanan yang sedang dihadapi.

Bersukan

Mungkin ramai yang tak menyedari bersukan, bersenam atau beriadah mampu mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi. Cuba lakukan aktiviti sukan yang anda gemari atau sekadar mencuba. Sebagai contoh bermain badminton, futsal atau berbasikal. Selain mengeluarkan peluh, aktiviti tersebut juga menyihatkan badan serta mampu menghilangkan stres.

Meditasi

Sebaik-baiknya lakukan meditasi selepas bangun daripada tidur, sebelum anda bersiap ke tempat kerja dan menyediakan sarapan. Lakukan meditasi dengan tujuan untukmengurangkan tekanan dan membantu anda berasa tenang. Sekiranya anda benar fokus dan konsisten dengan aktiviti meditasi anda. Sekaligus ia akan membantu mengurangi tekanan, cemas, murung yang sering anda alami.

Sumber Foto:

1 comment: