5 Persiapan Penting Sebelum Pergi Bercuti

26 Jan 2017


Setiap orang pasti mengimpikan percutian yang tenang dan menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, demi merealisasikan percutian yang sempurna apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat persiapan awal atau semakan perjalan (Travel Checklist). Ayuh singkap beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti.

Pasport  dan Visa

Sebelum membuat tempahan penerbangan pastikan pasport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh. Selain itu, anda juga perlu memastikan negara yang ingin anda kunjungi itu memerlukan anda untuk memohon sebarang visa kemasukan untuk ke negara tersebut ataupun tidak.

Insurans Perjalanan

Ramai yang sering mengabaikan insurans perjalanan kerana menganggap ianya hanya akan menambah kos percutian. Tahukah anda dengan membeli insurans perjalanan sebelum bercuti adalah suatu tindakan bijak demi melindungi anda sepanjang tempoh percutian? Antara manfaat perlindungan termasuk kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan, kehilangan dokumen perjalanan dan juga perlindungan kos perubatan akibat kemalangan dan sakit. Berbelanja lebih untuk membeli insurans perjalanan demi menjamin ketenangan minda ketika bercuti adalah suatu tindakan yang bijak dan berbaloi. Ayuh, lindungi perjalanan anda di easicircle

Wang Tunai

Tidak semua tempat yang akan anda kunjungi menerima kad kredit. Jadi untuk langkah keselamatan lebih baik jika anda membawa lebihan wang. Jika anda risau perkara tidak diingini berlaku seperti kehilangan dompet atau dirompak anda boleh menyimpan wang terssebut di tempat penginapan.

Salinan Dokumen

Pastikan anda membuat salinan dokumen penting seperti pasport dan visa. Cara paling mudah dengan menyimpan semua salinan dokumen penting melalui email anda. Hal ini kerana untuk memastikan jika berlaku kehilangan pasport anda sudah mempunyai salinan yang membuktikan kesahihan kewarganegaraan anda.

Peralatan Untuk Alat Elektronik

Setiap negara mempunyai plug soket yang berbeza. Jadi perkara paling penting yang perlu anda bawa sebelum bercuti adalah plug unirversal. Hal ini, akan memudahkan anda untuk mengecas alat elektronik yang dibawa terutama sekali telefon bimbit.

Sumber Foto:


No comments:

Post a Comment