Kos Perubatan, Sakit Kritikal, dan Perlindungan Kewangan

29 Dec 2016

Apakah perlindungan kewangan sebenar yang mampu menjamin seseorang individu ketika berlakunya musibah seperti kemalangan, hilang upaya, sakit dan sebagainya. Adakah melalui penggunaan kad kredit wang simpanan atau melindungi diri dengan perlindungan insurans?

Ramai yang mengeluh kemampuan kewangan cukup terbatas, walaupun hanya perlu ketepikan minimum 10% daripada pendapatan setiap bulan untuk membayar polisi perlindungan insurans. Namun rata-rata masih memberi alasan masih tidak mampu.

Masyarakat masa kini perlu menjadi lebih bijak dalam membuat perancangan kewangan demi menjamin masa depan. Ini kerana, musibah boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja malah boleh memberi impak besar terhadap kehidupan seseorang terutama sekali dari segi kewangan. Jadi perancangan kewangan dalam menyediakan perlidungan tambahan sebagai “Backup Plan” amatlah penting.

Namun masih ada segelintir individu yang masih ragu dan berkira-kira memperuntukkan sejumlah wang untuk dikeluarkan bagi membeli perlindungan insurans demi melindungi diri dikala ditimpa musibah seperti sakit kronik, kemalangan, hilang upaya kekal atau sementara.

Masih ramai di kalangan masyarakat kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans dan merasakan mereka masih mampu untuk menampung kos rawatan jika hanya perlu dimasukkan ke hospital sehari atau seminggu. Bagaimana jika anda disahkan mengalami penyakit krtikal atau hilang upaya kekal dan memerlukan rawatan susulan yang sudah pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.  

Pada ketika itu mungkin sukar untuk anda menerima kenyataan akibat bersedih malah sama sekali tidak menyangka anda akan berdepan dengan penyakit kritikal atau hilang upaya kekal. Namun apa yang lebih membingungkan, bagaimana dengan kos rawatan? Sudah semestinya kos rawatan amat tinggi. Adakah pada waktu itu duit simpanan anda cukup untuk menampung jumlah kos rawatan dan harian sehingga anda benar-benar pulih.

Apakah perlindungan kewangan sebenar yang mampu menjamin anda ketika situasi sedemikian berlaku? Adakah melalui wang simpanan, kad kredit atau perlindungan insurans? Sekiranya anda memilih untuk menggunakan wang simpanan. Ia boleh diibaratkan umpama gunung jika ditarah lambat-laun akan rata jua. Begitu juga dengan wang simpanan, lama-kelamaan akan habis jika hanya digunakan tanpa menggantikannya.

Malah jika anda menjadikan kad kredit sebagai sumber kedua itu juga akhirnya akan membebankan anda dengan hutang dikala anda sendiri tidak tahu bila masanya anda akan mampu melangsaikan segala hutang.

Ramai yang masih mengeluh kerana setiap bulan semua duit gaji habis untuk membayar komitmen. Kemampuan kewangan yang dikatakan cukup terbatas walaupun hanya perlu ketepikan 10% daripada pendapatan setiap bulan untuk membayar polisi insurans. Namun rata-rata individu masih tidak nampak akan kepentingan dan manfaat perlindungan insurans buat diri sendiri dan keluaga untuk jangka masa panjang dan di waktu yang tak diduga.

Anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih apa jenis insurans konvensional mahupun takaful yang mampu memenuhi bajet dan keperluan anda. Insurans hayat, insurans perubatan, insurans bertempoh, insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan. Kesemua jenis insurans ini adalah sebagai perlindungan tambahan kepada anda dan insan tersayang sekiranya berlaku sesautu musibah yang menngakibatkan kematian mahupun hilang upaya kekal.

Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang berkeinginan, berminat dan merancang untuk membeli insurans perubatan, hayat, perjalanan dan kemalangan, yang kini semakin meluas melalui agen ataupun secara atas talian. Anda perlulah lebih berhati-hati dengan menyelidik dan memahami setiap kandungan dan faedah yang ditawarkan oleh setiap polisi insurans yang terdapat di pasaran. Demi mengelakkan anda daripada ditipu dan akhirnya mengakibatkan kerugian.

Apapun segalanya terpulang pada diri anda untuk merancang sebaiknya dalam memberi perlindungan tambahan terbaik buat diri dan keluarga. Perancangan kewangan yang bijak akan memberikan manfaat kelak kepada diri anda sendiri. Kita tidak akan nampak masa kita dalam keadaan sihat namun apabila ditimpa musibah kelak kemudian kita akan menikmati manfaatnya.

Kesimpulannya berbalik kepada kesedaran masing-masing dalam merencana dan membuat persiapan masa depan. Ini kerana semakin hari kehidupan semakin sukar kerana perlu menanggung pelbagai kos kehidupan seharian yang saban hari meningkat. Tepuk dada tanya selera. Pilihan sudah tersedia hanya tinggal anda memilih mana satu yang terbaik. Lindungi diri anda dan keluarga di easicircle

1 comment: