Dengar Muzik Bantu Rangsang Otak Sihat

18 Nov 2016

Individu yang tidak gemarkan muzik didapati boleh mengurangkan rangsangan fungsi otak mereka untuk berhubung.

Berdasarkan ujian imbasan otak FMRI yang dilakukan penyelidik, mereka mendapati otak individu yang langsung tidak boleh menerima muzik mempunyai tekanan darah yang lebih rendah.

Keadaan itu berlaku kerana hasil daripada aktiviti otak yang kurang di sebahagian kawasn tertentu sekali gus menyebabkan aliran darah menjadi lebih rendah.

Kajian tersebut yang dilaporkan oleh agensi berita Ars Technica, England mendapati, otak individu yang mendengar muzik didapati lebih aktif serta dapat memberikan respon lebih positif dalam berfikir.

Interaksi dan tindak balas otak individu yang mendengar muzik terutama bernada rendah juga lebih kreatif dan sihat.

Sumber Artikel:

KOSMO

Sumber Foto:

No comments:

Post a Comment