45 peratus penduduk Malaysia ada insurans

12 Jan 2016


STATISTIK menunjukkan kira-kira 45 peratus penduduk Malaysia mempunyai satu produk insurans dan kurang daripada 15 peratus mempunyai produk takaful.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, Takaful berkembang mantap pada tahun kebelakangan ini.

Perbankan Islam diterima secara meluas masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan dalam meningkatkan kesedaran Takaful di kalangan rakyat Malaysia.

“Terdapat keperluan penting untuk memecahkan persepsi insurans Takaful  hanya untuk orang Islam. Program pendidikan dan kesedaran perlu dilancarkan di semua peringkat untuk membawa mesej 'Takaful adalah untuk semua' dan Takaful adalah relevan untuk orang Islam dan bukan Islam.

“Kami berharap agar lebih banyak usaha penjenamaan kreatif dapat dilaksanakan dalam mewujudkan kesedaran dan sekali gus mempromosikan kepentingan insurans untuk semua.

"Pengendali Takaful atau syarikat insurans mesti terus berusaha ke arah membina dan mengukuhkan saluran pengedaran masing-masing untuk mencapai pelanggan dan meningkatkan penembusan pasaran,” katanya.

Pengendali Takaful/Insurans perlu mencari cadangan preposisi unik mereka sendiri, memperkenalkan penawaran produk yang berdaya saing dan inovatif serta menawarkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Di Takaful Malaysia, 15 peratus Pulangan Tunai merupakan preposisi unik kami. Takaful Malaysia telah memberi ganjaran Pulangan Tunai kepada para pelanggan selama lebih dari 25 tahun,” katanya.

Masih rendah

Kadar penembusan insurans di Malaysia masih rendah dalam kedua-dua sektor Takaful dan insurans konvensional, terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan organik.

"Insurans konvensional dan Takaful dijangka mencatatkan satu lagi tahun pertumbuhan yang mantap bagi 2015. Industri Takaful di Malaysia mengatasi dan mempunyai kadar pertumbuhan lebih awal daripada pasaran insurans konvensional pada masa lalu," katanya.

Pertambahan penduduk berpendapatan sederhana dan kadar penembusan insurans rendah di Malaysia terus mencatat potensi pasaran untuk industri Takaful.

"Prospek pertumbuhan kukuh, peningkatan permintaan domestik bagi produk dan perkhidmatan Takaful/Insurans, inisiatif pengurusan risiko bertambah baik adalah faktor   mendorong ke arah pertumbuhan positif sektor ini.

"Permintaan pasaran semakin meningkat telah dikuatkan dengan  keperluan untuk memiliki insurans harta, liabiliti, dan keluarga serta produk perubatan," katanya.

Sehingga ini, Takaful Malaysia melindungi lebih daripada 3 juta peserta dan telah menunjukkan arah aliran yang positif pada 2015.

Insurans penyelesaian risiko

Insurans terbukti sebagai satu penyelesaian pengurusan risiko dengan menyediakan perlindungan kepada pengguna pada masa memerlukan.

“Insurans perlu menjadi satu keperluan penting untuk semua dan ia dikembalikan semula kepada pelanggan walaupun mereka tidak membuat tuntutan.

“Takaful Malaysia merupakan pengendali Takaful yang pertama dan satu-satunya menawarkan pelanggan yang dihargai 15 peratus pulangan tunai jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan bagi produk Takaful Am,” katanya.

Bagi takaful keluarga, buat masa kini ada jurang perlindungan purata RM200,000 bagi setiap orang berdasarkan kajian industri insurans.

"Jurang perlindungan adalah disebabkan peningkatan hutang isi rumah dan pendapatan yang besar diperlukan untuk mengekalkan taraf kehidupan apabila seseorang berhenti kerja.

Produk takaful keluarga seperti myGenLife dan Takaful myMortgage boleh membantu anda semua untuk mengurangkan jurang perlindungan," katanya.

Sumber Artikel:

No comments:

Post a Comment