Mengapa Penunggang Motorsikal Perlu Memiliki Insurans Kemalangan Peribadi

18 May 2015
Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan maut yang melibatkan penunggang motorsikal. Kemalangan tragis sebegini pastinya mendatangkan trauma dan  tidak diingini oleh sesiapa pun.

Melihat kepada perkembangan di Malaysia kini, seolah menjadi trend penunggang motosikal menjadikan aktiviti berkonvoi sebagai hobi diwaktu lapang. Namun bukan kepuasan dan keseronokan menunggang sahaja yang perlu diambil kira oleh penunggang. Tetapi aspek keselamatan diri juga perlu diutamakan. 

Selain melengkapkan diri dengan jaket, topi keledar dan but menunggang. Risiko penunggang motosikal berdepan dengan kecederaan parah, hilang upaya, hilang anggota badan mahupun maut amatlah tinggi. 

Menurut akhbar Sinar Harian, statistik Ops Selamat 6/2015, menunjukkan 17,632 kes kemalangan direkodkan sepanjang 15 hari operasi itu, iaitu peningkatan 2,796 kes berbanding Ops Selamat lalu.

Jumlah kemalangan maut turut meningkat sebanyak 34 kes iaitu daripada 186 kes berbanding 152 kes tahun lalu dengan 122 kes kemalangan maut direkodkan oleh penunggang motosikal. 

Selari dengan peningkatan kemalangan maut, jumlah kematian juga meningkat iaitu sebanyak 199 kes berbanding 159 kes. Adakah hal ini masih tidak mampu untuk membimbangkan anda? 

Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh penunggang motosikal selain memakai helmet dan memandu berhati-hati. Mereka juga boleh mengambil iniatif melengkapkan diri dengan membeli insurans seperti insurans kemalangan diri sebagai perlindungan tambahan. Memandangkan risiko yang  tidak terjangka dan hampir setiap hari kes kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan. Masih belum terlewat untuk anda melindungi diri dan insan tersayang.

Anda mempunyai keluarga yang perlu ditanggung? Komitmen bulanan yang perlu dibayar. Bayangkan jika anda sudah tidak mampu bekerja akibat kesan kemalangan. Sekurang-kurangnya duit pampasan insurans dapat membantu menggantikan pendapatan bulanan dan kos rawatan anda untuk meneruskan kehidupan. 

Jika anda ditakdirkan maut? Adakah anda ingin membebankan keluarga anda untuk menanggung segala hutang yang tidak sempat dilangsaikan. Jadilah seorang yang prihatin terhadap diri dan insan yang tersayang. Anda mampu mencegah dan mengubahnya.

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment