5 Sebab Mengapa Anda Perlu Insurans Kemalangan Peribadi?

5 Feb 2015

1. Kemalangan tidak dapat dijangka

Adakah anda perlu untuk membeli insurans kemalangan peribadi? Ya, kerana kemalangan adalah kejadian yang tidak terjangka. Risiko kemalangan itu pasti ada terutama sekali bagi pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal yang lebih terdedah kepada bahaya kemalangan. 

2. Melindungi diri dan keluarga

Jika berlaku sesuatu kemalangan yang boleh mengakibatkan anda hilang upaya atau maut. Pampasan insurans akan diberikan kepada waris yang sedikit sebanyak boleh membantu kos rawatan dan perbelanjaan harian di saat anda tidak lagi mampu bekerja kerana hilang upaya akibat kemalangan. 

3. Polisi mampu milik

Graduan atau golongan muda yang baru memulakan pekerjaan juga mampu untuk melindungi diri dengan polisi insurans kemalangan peribadi. Ini kerana premium polisi insurans kemalangan peribadi dibayar dan diperbaharui secara tahunan. 

4. Kes kemalangan jalan raya meningkat

Hampir setiap hari kes kemalangan jalan raya dilaporkan melibatkan pengguna jalan raya. Sesungguhnya kemalangan tidak dapat dijangka. Kesimpulannya mengambil langkah pencegahan dalam melindungi diri dan insan tersayang adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin kesejahteraan minda. 

5. Pampasan insurans mengurangkan beban kewangan 

Sekurang-kurangnya pampasan dari pihak inusrans yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung keluarga sekiranya anda sebagai tunggak pencari rezeki hilang upaya atau maut akibat kemalangan. 

Sumber Foto:

No comments:

Post a Comment