Mati selepas melanggar, dilanggar

7 Oct 2014
SIBU:Seorang lelaki dari Sibu Jaya terbunuh dalam kemalangan ngeri di Jalan Ding Lik Kong, di sini petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Richard Sri berusia 19 tahun.
Motosikalnya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta pacuan empat roda sebelum mangsa jatuh ke lorong bertentangan lalu dilanggar sebuah lagi kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.
Akibat perlanggaran itu mangsa dikatakan terpelanting ke bahagian tepi jalan raya dan tersadai berdekatan longkang.
Mangsa difahamkan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badannya dan patah kedua-dua belah kakinya.
Ambulans dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Punca sebenar kejadian masih belum dipastikan dan kes masih dalam siasatan.




Article source:

http://www.theborneopost.com/2014/10/07/mati-selepas-melanggar-dilanggar/

No comments:

Post a Comment