Kanak-kanak dua tahun maut nahas

2 Oct 2014
MARAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam satu kemalangan di Kilometer 2 Jalan Maran-Sungai Jerik, kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Mangsa, Mya Arrisha Izzara Mohamad Razman meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan dinaiki enam orang itu terbabas sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa berada di tempat duduk belakang bersama ayah dan ibu.

Menurutnya, kenderaan jenis Proton Iswara itu dipandu seorang wanita berusia 25 tahun ditemani suami yang berada sebelah tempat duduk hadapan dan merupakan jiran kepada mangsa.

“Mereka semua dalam perjalanan pulang ke Felda Sungai Tekam Utara dari Maran.

“Sampai tempat kejadian dalam keadaan hujan lebat, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik.

“Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di tempat duduk belakang cedera parah dan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya.

Sulaiman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sementara lima yang lain termasuk pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan sedikit berselekoh dan basah kerana hujan.



Kenderaan dinaiki lenam individu terbabas ke kiri jalan lalu terbalik hingga mengebabkan seorang kanak-kanak maut.



Sumber artikel:


No comments:

Post a Comment