Dua Parah Dalam Nahas Tujuh Kenderaan

13 Oct 2014
KUANTAN - Dua lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Kilometer 68 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat Bentong di sini.
Kenderaan terlibat adalah sebuah Proton Wira, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria, sebuah lori tangki Volvo, sebuah Proton Persona, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, sebuah Perodua Viva dan sebuah kereta Hyundai Getz.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, nahas pukul 5.30 petang itu berlaku selepas kereta Proton Wira dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
"Akibat itu sebuah MPV yang mengekori belakang kereta berkenaan tidak sempat membrek kenderaan lalu melanggarnya.
Pada masa sama lori tangki yang membawa muatan minyak telah berhenti secara mengejut di lokasi kejadian menyebabkan empat lagi terbabit melanggar belakang sesama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz3G5qQLaIZ

No comments:

Post a Comment