Bagaimana Untuk Tahu Tahap Kewangan Anda Di Paras Bahaya

20 Oct 2014
Tahap Kewangan Image Alt Tag pada blog

Hidup di zaman moden ketika ini begitu mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Namun kita ingin melihat dari perspektif individu yang mempunyai tahap kehidupan dan pendapatan sederhana. 

Di mana jika golongan ini tidak mempunyai perancangan kewangan yang bijak, berkemungkinan mereka mungkin tiada simpanan bukan sahaja untuk masa depan tetapi juga diwaktu kecemasan.

Percaya atau tidak lagi banyak pendapatan yang diperolehi lagi banyak wang yang akan mengalir keluar. Sebagai contoh, jika seseorang itu memperolehi gaji sebanyak 4 ribu sebulan adakah individu tersebut hanya ingin memakai perodua myvi dan beg dibeli hanya di kedai biasa. 

Sudah tentu selera dan kehendak individu tersebut sudah berubah ke arah barangan yang lebih mewah. Jika anda sendiri meletakkan diri sendiri disituasi yang sama pasti anda juga akan bersifat sedemikian kerana anda tahu anda mampu.

Berbalik pada topik bagaimana untuk mengetahui tahap kewangan anda pada paras bahaya. Ia akan dapat diketahui apabila anda sudah mula berbelanja melebihi pendapatan setiap bulan. Di mana akhirnya anda terpaksa mengabaikan simpanan tetap yang sepatutnya disimpan setiap bulan. 

Jika perkara ini berlaku maka anda sudah mula tidak tahu untuk mengawal perbelanjaan harian. Hal ini akan mendorong anda menggunakan kad kredit kerana duit gaji sudah habis sebelum sempat tiba hujung bulan.

Tidak salah untuk individu menggunakan kad kredit namun jangan sampai anda dibelenggu hutang kerananya. Sekiranya anda seorang yang bijak mengawal diri daripada berbelanja dan tahu bagaimana mengawal perbelanjaan anda. Maka silakan untuk anda memiliki 2,3 atau 5 kad kredit. Akan tetapi jika anda tidak tahu mengawalnya, ia akan membawa anda ke paras kewangan yang bahaya.

Seumpama anda gali lubang di sini dan anda cuba tutup lubang satu lagi. Akhirnya, anda sendiri yang terbelenggu dan terbeban menanggung komitmen yang begitu banyak. Oleh yang demikian anda perlu berhati-hati jika ingin menambah komitmen atau berbelanja. Pastikan tahap kewangan anda berada ditahap yang kukuh dan pendapatan yang diperolehi mencukupi untuk menampung segala komitmen dan perbelanjaan anda. 

Ayat yang lebih mudah belanjalah mengikut kemampuan. Jangan sampai menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memenuhi kehendak kehidupan gaya mewah hingga mengakibatkan diri terbeban dengan hutang yang tiada penghujung. Jadi sentiasa berhati-hati dan memeriksa tahap kewangan anda adakah ia di paras bahaya atau tidak.

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment