Insurans Kemalangan Peribadi : Sebuah Pelan Polisi Insurans Mampu Milik

19 Aug 2014

Bagi sesiapa sahaja yang ingin merancang untuk membeli perlindungan insurans untuk diri atau orang yang tersayang. Cadangan dan permulaan yang terbaik adalah dengan membeli polisi kemalangan peribadi.

Bukan sahaja ianya mampu milik, malah insurans ini juga sesuai buat golongan muda yang baru memulakan kerjaya. Di mana mereka sudah mula terfikir untuk melindungi diri dengan insurans demi menjamin masa depan. Namun ada di antara mereka masih tidak yakin kerana tahap kewangan masih tidak stabil dan bimbang terbeban dengan komitmen bulanan sedia ada. 

Tidak perlu bimbang kerana mereka boleh menjadikan insurans kemalangan peribadi sebagai permulaan dan pilihan terbaik kerana ia adalah sebuah polisi mampu milik. Bukan sahaja sesuai untuk golongan muda bahkan untuk sesiapa sahaja.

Mengapa? Ini kerana, selain memberi perlindungan maksima, kadar premium insurans kemalangan diri juga sangat minimum dan mampu milik. Tambahan pula premiumnya hanya perlu dibayar secara tahunan.

Secara tidak langsung ia tidak begitu membebankan kepada individu yang ingin membeli polisi insurans kemalangan peribadi. Hanya serendah RM100 setahun, anda akan dilindungi sehingga RM200 ribu pelan perlindungan kemalangan maut dan hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Apa yang pasti kemalangan tidak dapat dijangka kerana sesiapa sahaja berpontensi untuk terlibat dalam kemalangan. Mungkin anda mampu mengambil langkah berhati-hati, namun adakah itu sudah cukup memadai. Bagaimana jika anda ditakdirkan terlibat dalam kemalangan yang mendatangkan kecederaan parah? Sudah tentu anda tidak mampu untuk bekerja kerana perlu berehat dalam tempoh yang agak lama.

Di waktu anda tidak mampu bekerja seperti biasa, pastinya anda tidak lagi akan menerima gaji bulanan seperti biasa. Apa yang lebih membebankan ketika itu anda perlu menampung komitmen bulanan seperti biasa, malah anda juga perlu menanggung kos rawatan dan perbelanjaan harian. 

Pernah atau tidak anda terfikir jika situasi tersebut berlaku kepada anda? Sudahkah anda bersedia berdepan dengan sebarang musibah yang tidak dijangka? Bagaimana nasib keluarga dan insan yang anda sayangi sekiranya sesuatu yang buruk menimpa diri anda?

Melindungi diri, keluarga dan orang tersayang dengan polisi kemalangan peribadi sekurang-kurangnya dapat membantu anda dan keluarga terutamanya dari aspek kewangan. Jika ditakdirkan anda terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan yang serius, hilang upaya atau maut akibat kemalangan. Sudahkah anda melindungi diri dan membuat persediaan kewangan yang mencukupi bagi menampung segala kos kesan akibat daripada kemalangan tersebut?

Secara amnya, pengguna jalan raya termasuk mereka yang memandu kereta, lori, atau peunggang motorsikal akan lebih terdedah dan berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya. Buktinya hampir setiap hari berita mengenai kemalangan jalan raya dilaporkan oleh media massa. 

Kebanyakan daripada anda merasakan insurans bukanlah suatu keperluan kerana lebih gemar membelanjakan wang dengan membeli barangan yang hanya memenuhi kehendak semata-mata. Oleh yang demikian, apa kata anda mula ubah persepi tersebut dengan menjadikan insurans sebagai suatu keperluan dan sebagai aset jangka masa panjang demi menjamin masa depan. 

Mula jadikan insurans kemalangan peribadi sebagai permulaan pertama untuk anda melindungi diri. Setidak-tidaknya duit pampasan insurans kemalangan peribadi yang telah anda beli itu mampu untuk meringankan beban kewangan yang bakal ditanggung oleh keluarga sekiranya anda mengalami kecederaan atau maut akibat kemalangan.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:
www.easicircle.com

Sumber foto:
http://smitfinserve.com/slideimage/images/PersonalAccident.png

No comments:

Post a Comment